|
Secara tak langsung nama kumpulan mereka juga semakin dikenali. Buktinya 6ixth Sense menanag kategori kumpulan popular dalam satu majlis baru-baru ini. Malah mereka juga menjadi kumpulan yang paling bangak kuantiti lagu dimuatturun.
"Alhamdulillah kami tak kisah kalau ada yang kata 6ixth Sense popular kerana lagu kami menjadi pilihan drama bersiri. Kami memang mahu dikenali kerana muzik dan lagu kami, bukannya personaliti kami," kata vokalisnya, Ady. Mereka juga tidak kisah kalau ada yang kata 6ixth Sense lambat popular kerana bagi mereka mencipta nama mungkin bukan perkara payah. Tapi mengekalkan nama yang dibina adalah sesuatu yang memerlukan kerja kuat. "Setelah enam tahun kami masiih di sini dan kedudukan kami semakin baik. Ia bukan perkara yang datang dengan mudah," katanya semasa ditemui pada majlis kesyukuran yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi. Sementara itu album mereka berjudul Campur Tolak Kali Bahagi akan diterbitkan dalam pakej baru menggunakan judul Lagu Popular Drama Asmara. Nampaknya populariti drama Asmara membawa tuah kepada kumpulan 6ixth Sense. Mahu Ke Indonesia Semasa popular dengan lagu Tanpa, pihak syarikat rakaman pernah cuba membawa 6ixth Sense ke negara jiran, Indonesia. Mereka pernah ke sana namun belum dapat impak positif. Walaupun lagu Tanpa dipilih menjadi lagu tema drama bersiri Cinta Dua Dunia, nama kumpulan itu belum menyerlah. "Kami akan mencuba lagi menembusi pasaran sana dengan album baru nanti. Mahu ke sana bukannya mudah kerana terlalu banyak kumpulan baru yang diperkenalkan di sana dari semasa ke semasa," jelas Ady lagi. Mereka tidak mahu mengalah dan menganggap telah gagal ke sana. Kalau di Malaysia mereka mengambil masa enam tahun sebelum bergelar artis popular, diharapkan populariti hari ini akan membuka mata pihak sana pula. Lagu-lagu 6ixth Sense juga semakin diminati artis lain. Kumpulan itu mula menulis lagu untuk Alyah, Farawahida dan beberapa artis lain. |
Thursday, April 14, 2011
6ixth Sense makin kukuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setelah enam tahun mencipta nama baru tahun ini kumpulan
6ixth Sense popular kerana drama bersiri? Apatah lagi drama 
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: