Saturday, March 26, 2011

Widia uji bakat di pertandingan


BAKAL tampil dengan album penuh pada tahun hadapan.


Kalah atau menang, Widia tidak pernah fikir kerana yang penting beliau dapat menunjukkan bakat nyanyiannya. Tanpa mengenal penat lelah, Widia terus mencuba dan akhirnya, anak keempat daripada lima beradik muncul sebagai juara Jaguh Monsoon Cup 2005 di Terengganu.

"Kalau masuk pertandingan saya suka nyanyi lagu Misha Omar tapi tidaklah saya tiru dia. Saya sampaikan lagu ikut gaya sendiri," ceritanya.

Lain-lain kejayaan Widia adalahJuara Bintang Klasik 2006 dan tempat kedua pertandingan anjuran stesen radio KL FM pada 2007.

Anak keempat daripada lima beradik itu juga pernah menyertai pertandingan My Starz LG dan berjaya sampai ke peringkat Top 12.

Apa pun kata Widia, penyertaannya dalam pertandingan adalah sebagai persiapan agar lebih berkeyakinan apabila melangkah ke dunia rakaman album.

Akhirnya, impian Widia untuk menjadi artis rakaman termakbul apabila mendapat tawaran daripada MS Produciton & Entertainment Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: