Thursday, March 3, 2011

Seperti pakai bulu mata palsu

SENANG...False Lash Effect memudahkan wanita menghasilkan kesan bulu mata lebat tanpa menggunakan bulu mata palsu.
SENANG...False Lash Effect memudahkan wanita menghasilkan kesan bulu mata lebat tanpa menggunakan bulu mata palsu.
MENARIK...maskara False Lash Effect ini mampu melentik dan melebatkan bulu mata untuk riasan memukau.
MENARIK...maskara False Lash Effect ini mampu melentik dan melebatkan bulu mata untuk riasan memukau.

KATA pujangga, sekilas pandangan mata wanita boleh membawa seribu makna tersirat yang sukar dirungkai sang teruna.

Justeru, lirikan mata yang menawan juga sering diangkat dalam puisi cinta bahawa ia mata yang galak bersinar pastinya mengundang debar kepada sesiapa melihatnya.

Betapa hebatnya penangan pandangan mata apabila jelingan mata yang menggoda sentiasa dijadikan senjata utama wanita dan sebatang maskara sudah cukup bagi membantu mengukuhkan aspek senjata itu.

Maskara mula diangkat sebagai alat solekan utama majoriti wanita zaman ini dan ia pelengkap bagi menghasilkan solekan mata ringkas mahupun dramatik, malah sering digunakan sendirian tanpa pembayang mata.Fungsi maskara juga mula diperluaskan daripada hanya untuk melentikkan mata hingga boleh digunakan bagi membantu menyuburkan bulu mata yang pendek.Contohnya, Maskara False Lash Effect daripada Max Factor misalnya, memberikan hasil lentikan bulu mata yang penuh dan tebal serta tidak ubah seperti memakai bulu mata palsu.

Dengan berus yang lebih besar dan mudah digunakan, maskara False Lash Effect ini mampu memberikan penyelesaian kepada wanita yang gemar atau mengimpikan kesan lentikan seperti bulu mata palsu menerusi teknologi berus iFX. Ia direka khusus untuk menebalkan setiap helaian bulu mata dari pangkal hingga ke hujungnya, tanpa meninggalkan gumpalan atau kesan comot di kelopak mata.

Kesan bulu mata anggun ini juga adalah hasil gabungan berus maskara terbesar pernah dikeluarkan Max Factor, di samping kandungan formula Liquid Lash dalam False Lash Effect yang dipatenkan.

Berus baru ini menampilkan 50 peratus lebih bulu dan teras lebih besar sehingga 25 peratus berbanding Masterpiece Max - maskara popular Max Factor dalam koleksi lalu.

Gabungan rekaan berus dan formula Liquid Lash itu mampu menebalkan setiap helaian bulu mata dengan memastikan sapuan penuh pada bulu mata.

Meskipun pemakaian bulu mata palsu boleh memberikan penambahbaikan gaya yang diingini, kajian Max Factor bagaimanapun menunjukkan bahawa 77 peratus daripada 78 wanita yang menyertai soal selidik mengenai tabiat menggunakan bulu mata palsu dan maskara berpendapat ia mungkin sesuatu yang keterlaluan, berlebih-lebihan, tampak palsu dan dirasakan tidak asli.

Ia bagaimanapun berbeza apabila 95 peratus wanita setuju bahawa maskara False Lash Effect ini berupaya melebatkan dan menebalkan bulu mata mereka, sementara 92 peratus bersetuju ia dapat mempertingkatkan kejelitaan semula jadi mereka berbanding bulu mata yang tidak dirias.

Pengarah Rekaan Kreatif Global Max Factor, Pat McGrath, sememangnya sudah sedia maklum mengenai impak yang dicetuskan oleh riasan mata anggun.

Pat menggunakan maskara False Lash Effect itu di belakang pentas ketika pertunjukan fesyen di Milan, Itali, bagi membangkitkan penampilan mata yang lebih memukau dengan bulu mata tebal pada barisan modelnya.

“Pada saya, maskara ini menyeronokkan apabila menggunakannya. Dengan menggunakan False Lash Effect ini, saya tahu saya memiliki maskara yang mampu memberikan ketebalan tanpa had serta tampak seperti memakai bulu mata palsu. Apa yang penting, ia mudah digunakan,” katanya.

Hadir dalam dua warna, hitam dan biru gelap, False Lash Effect dipasarkan pada harga RM66 dan boleh diperoleh di Parkson, Metrojaya, Isetan dan Pacific seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: