
PADANG BESAR - Taktik licik seorang lelaki Thailand menyembunyikan 330 bungkusan daun ketum di dalam tangki tambahan sebuah kereta jenis Mitsubishi Champ terbongkar apabila dia ditahan ketika diperiksa di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin di sini Selasa lalu.
Ketika ditahan pada pukul 7.30 malam, pihak berkuasa mendapati suspek berusia 44 tahun itu telah membalut beratus helai daun seberat 66 kilogram tersebut untuk disembunyikan di dalam tangki kereta yang kebiasaannya menjadi tempat simpanan diesel atau petrol.
Difahamkan, ia menjadi trend terbaru penjenayah untuk menyeludup bahan khayal itu ke Thailand selain diesel kerana harganya yang mencecah RM70 sekilogram berbanding pasaran tempatan iaitu RM18.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, daun ketum mudah disembunyikan di dalam kereta berbanding diesel yang berisiko tinggi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: