|
Nama Miera Leyana secara tiba-tiba menjadi perbulana hangat, lantaran kontroversi baju yang diperagakan ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini. Biarpun sudah beberapa kali kenyataan maaf daripadanya dikeluarkan oleh beberapa media, namun gambar dan cerita mengenai ketelanjuran pakaiannya itu masih belum habis diperkatakan. Mengakui perasaan malu itu masih bersarang di dalam hati berikutan gambarnya itu masih tersebar diruangan internet, pelakon yang mula dikenali melalui drama Kamelia Katrina ini bagaimanapun menjelaskan dia enggan bersikap hipokrit. ![]() Miera Leyana tetap akan menggayakan pakaian Wan Huzairil di malam ABPBH nanti "Saya mahu tampil dengan imej diri saya yang sebenarnya, dan saya sememangnya seorang yang sempoi dalam memilih pakaian sekiranya pergi kemana-mana. "Saya tidak menyalahkan sesiapa termasuk pereka fesyen baju berkenaan, kerana perkara ini berlaku secara tidak sengaja, dia sendiri tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku. "Dia juga membantu menyelamatkan saya selepas saya menyedari pakaian itu tertarik di bahagian tepi, tetapi malangnya kami tidak membawa apa-apa persiapan untuk menghadapi perkara itu,"jelas Miera. Ditanya tentang emosi keluarga selepas perkara itu berlaku, Miera mengakui ibu bapanya banyak memberi nasihat untuk dia menghadapi kontroversi ini dengan lebih tenang. "Mereka menyedarkan saya bahawa tiada menusia yang sempurna dalam hidup ini dan menasihati supaya lebih berhati-hati selepas ini. Miera Leyana yang baru berusia 17 tahun ini bagaimanapun enggan memberitahu keputusan SPMnya yang baru sahaja diumumkan semalam. "Apa yang boleh saya katakan, saya memiliki keputusan yang membanggakan untuk diri saya dan saya sangat gembira dengan keputusan itu,"luahnya yang juga menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang. |
Thursday, March 24, 2011
"Saya tak mahu hipokrit" - Miera Leyana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: