
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Akmal Fauzi Nek berkata, syarikat optimis dengan sasaran itu kerana jualan dalam tempoh seminggu selepas pelancaran awal Mac lalu mencecah RM100,000 selain bakal berkembang di pasaran Brunei, Eropah dan Belanda menerusi wakil jualan tunggal hujung bulan ini.
Menurutnya, Taqashape juga bakal dijual di pasaran tanah Arab enam bulan daripada sekarang. Produk contoh dihantar ke sana dan perbincangan juga berada di peringkat akhir.
“Produk berunsur semula jadi ini semakin mendapat tempat di pasaran negara barat kerana khasiat dan keberkesanannya diakui profesional menerusi kajian klinikal yang mampu membantu merawat penyakit, tambahan pula ianya tiada kesan sampingan,” katanya.
Melihat sambutan yang menggalakkan, beliau berkata, fokus pemasaran dalam negara juga agresif dijalankan dan kini digerakkan dengan kerjasama seorang stokis di setiap negeri bersama lima pengedar kecil.
“Syarat untuk menjadi pengedar negeri adalah tidak terbatas, tetapi mereka perlu mempunyai stok simpanan sekurang-kurangnya 15 karton produk dan kami tidak menetapkan had limit kepada stokis,” katanya.
Beliau berkata, Taqashape adalah produk keluaran bumiputera dan kaedah pemasarannya secara runcit dan terus kepada pengguna.
Akmal berkata, selain Taqashape syarikat bakal mengeluarkan empat lagi produk baru tahun ini dan masih dalam penyelidikan.
“Kami cuba mempelbagaikan segmen produk dan bakal melahirkan produk kecantikan yang menggunakan kepakaran Eropah khas untuk golongan wanita,” katanya.
Syarikat melabur kira-kira RM500,000 untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk baru itu di samping memperuntukkan RM350,00 untuk tujuan pengiklanan dan promosi meliputi media cetak dan elektronik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: