
Saida memfailkan permohonan untuk bercerai pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.
Bagaimanapun suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak bersetuju dengan permohonan untuk berpisah secara baik yang difailkannya, selepas 15 tahun hidup bersama.
Menurut Saida, atau nama sebenarnya, Siti Nursaida Tarudin, 35, yang juga kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza berkata, dia cuba untuk berbincang dengan Mohd Ghazali, 40, bagi mencari jalan penyelesaian.
“Kami masih tinggal serumah. Saya ada cuba berbincang, tetapi suami tidak setuju. Saya mohon untuk bercerai kerana kami sudah tiada persefahaman dan perbalahan kami tidak boleh dipulihkan,” katanya yang ditemui selepas sidang media Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an di Restoran Istana Bambu, kelmarin.
Saida juga menafikan, dakwaan sesetengah pihak bahawa dia nekad bercerai kerana orang ketiga, sebaliknya menegaskan tiada persefahaman lagi antara dia dan suami.
“Permohonan penceraian ini bukan sebab orang ketiga dan ia (orang ketiga) adalah perkara mengarut. Orang hanya boleh buat spekulasi tetapi kami sahaja yang melaluinya, dan hanya kami yang tahu sebabnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: