Thursday, March 24, 2011

Rokok seludup RM1 juta dilupus


YAHAYA menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dimusnahkan di pusat pelupusan sampah di Pekan semalam.


PEKAN – Polis melupuskan sebanyak 27,800 karton rokok seludup yang bernilai hampir RM1 juta di sebuah pusat pelupusan sampah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, rokok pelbagai jenama yang dilupuskan itu merupakan hasil rampasan polis dalam dua kes berasingan pada tahun 2005 dan 2010.

“Rokok itu membabitkan dua kes di sini dan kesnya juga telah diselesaikan di mahkamah.

“Sebanyak 14,400 karton rokok bernilai RM504,000 yang dimusnahkan itu dirampas dalam satu kes pada tahun 2005 dan 13,400 karton rokok bernilai RM434,400 yang dirampas dalam satu kes pada tahun lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: