
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berazam meningkatkan imej ke suatu tahap lebih tinggi menerusi transformasi yang dilakukan termasuk menambah pegawai dan anggotanya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Integriti adalah kunci utama kepada perubahan ini kerana dengan kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat sahajalah PDRM dapat meneruskan usaha untuk membuat perubahan," katanya ketika berucap sempena Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin.
Hishammuddin menegaskan bahawa PDRM amat positif dan komited dalam menjayakan agenda transformasi khususnya melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan mengurangkan kadar jenayah indeks sebanyak lima peratus dan menurunkan kadar jenayah jalanan 20 peratus sehingga penghujung tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, KDN sedang berusaha memperkukuhkan skim perkhidmatan PDRM melibatkan pegawai kanan PDRM, perubahan gaji matriks dan elaun di kalangan pegawai rendah polis dan konstabel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: