Monday, March 7, 2011

Miley gemar kumpul misai

BERSENDA...Miley mencuba misai palsu ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan lewat malam bersama Jimmy Fallon di New York.
BERSENDA...Miley mencuba misai palsu ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan lewat malam bersama Jimmy Fallon di New York.
Miley mencuba nasib menjadi pengacara dalam satu episod Saturday Night Live dan program The Strokes.
Miley mencuba nasib menjadi pengacara dalam satu episod Saturday Night Live dan program The Strokes.

SELEBRITI remaja, Miley Cyrus muncul dengan gaya glamor apabila dia memakai misai palsu ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan lewat malam bersama Jimmy Fallon, baru-baru ini.

Gadis berusia 18 tahun itu kelihatan menyerupai bapanya, Billy Ray Cyrus ketika dia mempersilakan tetamu undangan seterusnya tampil dalam rancangan malam minggu terbitan Televisyen NBC itu di New York.

Miley dijadual akan mengacarakan satu episod Saturday Night Live dan program The Strokes. Ketika diwawancara, dia memberitahu Fallon, dia gemar mengumpul koleksi misai.

Fallon berkata kepada Miley: "Saya dengar anda suka mengumpul misai." Miley lalu menjawab: "Ya, saya mempunyai rantai loket berlian berbentuk misai yang saya pakai sepanjang masa."Saya mengumpul pelbagai jenis misai - misai pada pin, cawan dan manusia."Fallon kemudian mengeluarkan pelbagai bentuk misai daripada sebuah beg dan dengan pantas Miley mengambil beberapa bentuk misai untuk dicubanya.


"Adakah anda rasa yang ini sesuai dengan saya? Patutkah saya memakainya? tanya Miley kepada Fallon.

Bekas bintang Hannah Montana itu gemar menonjolkan bakatnya berjenaka berbanding reputasinya sebagai remaja yang gemar berparti sebagaimana pernah diucapkan bapanya Cyrus.

Miley dikatakan berang dengan bapanya ekoran kenyataan Cyrus bulan lalu yang mendakwa program terbitan Disney itu menghancurkan keluarganya berikutan beberapa siri skandal buruk yang mencemarkan imej Miley tersebar.

"Saya ingin berterus-terang dengan anda bahawa program itu menghancurkan keluarga saya," kata Cyrus, 49, kepada majalah GQ.

"Tidak disangkal lagi. Dalam perjalanan hidup ini, kepercayaan saya dan Miley menjadi goyah.

"Itulah perkara yang sangat menyedihkan saya. Saya bimbang dengan kehidupan dilalui Miley. Dia di kelilingi sekumpulan orang yang menjejaskan reputasinya. Saya ingin melindunginya daripada semua bahaya itu,"

Cyrus berkata demikian selepas anak remajanya itu bagaikan tidak dapat dikawal lagi ekoran beberapa siri skandal tersebar termasuk penampilan separuh bogel Miley dalam majalah Vanity Fair pada usia 15 tahun, pakaian menjolok mata dipakainya dan tarian lucah yang dilakukan ketika konsertnya hingga menimbulkan kemarahan golongan ibu bapa.

Rakaman video menunjukkan Miley menghisap ganja tahun lalu turut melanjutkan lagi kontroversi sedia ada.

Bagaimanapun, Miley naik berang terhadap kenyataan bapanya itu. Menurut akhbar Chicago Sun Times, dia tidak mempercayai bapanya mengkritik siri drama Hannah Montana itu yang membantu melangsaikan semua hutang Cyrus.

Cyrus yang memegang watak bapa Miley dalam siri itu menghadapi masalah kewangan serius sebelum membina karier bersama Miley dalam drama berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: