
Bukan hanya menyanyi, malah anak bongsu daripada tiga beradik ini mahir dengan alat muzik seperti piano, gitar dan juga biola.
Baru melahirkan sebuah EP yang memuatkan tiga lagu, Mazzie akan terus melangkah mengorak kejayaan dalam bidang seni.
Meminati bidang muzik sejak kecil lagi, Mazzie ingin buktikan walaupun masih baru dia mampu memberi persaingan kepada artis sedia ada.
“Saya tampil dengan muzik saya sendiri. Saya cipta lagu dan lirik yang dekat dengan jiwa saya. saya mahu dikenali dengan lagu sendiri.
“Saya mahu peminat mengenali saya lebih kepada muzik yang dibawa. Muzik adalah jiwa saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Antara lagu ciptaan Mazzie adalah seperti Hypnotised, Help Me dan Expiry Date. Tidak hanya mempertaruhkan lagu Inggeris, Mazzie turut mencipta dua lagu berbahasa Melayu iaitu Hari Yang Indah & Rock & Roll dan Si Penerima.
Bernaung di bawah label Candycoated, lagunya akan diputarkan di stesen radio tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: