Saturday, March 26, 2011

Masa Tyzo di kopitiam


Melepak di kopitiam sambil melayari Internet memberi ketenangan buat Tyzo.


Selebriti yang sinonim dengan panggilan Tyzo di kalangan pendengar setianya itu memberitahu, antara lokasi kopitiam kegemarannya ialah di premis PappaRich yang terletak di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan, tiga atau empat hari seminggu, Tyzo akan meluangkan masanya untuk bersarapan di kopitiam berkenaan bersama kawan rapatnya, Famy Ghazali.

"Selain menggemari menu yang dihidangkan, saya sukakan dekorasi dalamannya yang begitu selesa dan menenangkan fikiran.

"Kalau jadual aktiviti saya tidak padat, saya akan habiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam di sini.

"Di samping menikmati juadah, saya akan melayari Internet untuk mencari idea mengenai topik-topik yang bakal saya bawakan menerusi segmen saya kelak," kata Tyzo yang mengendalikan slot 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti, setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 hingga 11 malam.

Ironinya Tyzo, bukanlah kaki jalan. Jika tidak melepak di kopitiam, dia akan menghabiskan masa di rumahnya yang terletak di Bandar Baru Sentul.

"Kalau saya lepak di rumah, saya akan lakukan rutin yang sama seperti dilakukan di kopitiam iaitu melayari Internet dan laman sosial Facebook," kata Tyzo.

Mengulas perkembangan karier seninya, Tyzo menjelaskan, dia bakal muncul dengan sebuah filem komedi seram berjudul Alamak Toyol yang diarahkan oleh Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh MIG Production.

Kata Tyzo, itu adalah filem pertamanya selepas dia menandatangani kontrak selama lima tahun dengan syarikat produksi milik David Teo.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: