![]() |
| ROHAYAH MOHAMAD DAN |
SELALUNYA apabila disebut manisan, sudah pasti minda akan teringat gula-gula. Tetapi manisan halwa betik warisan tradisional yang tidak kurang menariknya.
Halwa betik adalah warisan tradisional yang semakin hilang ditelan zaman. Ia menggunakan buah betik muda sebagai bahan utamanya, kemudian diproses menjadi pelbagai ukiran dan warna menarik, sangat signifikan untuk dijadikan bahan hantaran ataupun pemanis mulut dalam majlis perkahwinan.
Pemilik Butik Azfa Su, Rohayah Mohamad Dan adalah antara yang masih mempertahankan warisan itu malah sudah hampir tujuh tahun membuka kelas pembuatan halwa betik.
Menurutnya, pelbagai ukiran bunga seperti mawar, cempaka, kekwa dan tulip boleh dihasilkan menggunakan halwa betik.
Gula pasir dan pewarna turut digunakan untuk diproses menghasilkannya.
"Saya buka kelas membuat halwa betik dan gubahan sirih junjung untuk menghidupkan kembali warisan tradisional yang semakin hilang ditelan zaman," katanya.
Menurut Rohayah, bagi corak bunga-bungaan disaluti gula untuk kelihatan cantik dan bersinar, kadang-kadang memerlukan berminggu-minggu atau sebulan.
Katanya, ini bagi menunggu betik pelbagai corak bunga yang direndam dengan air rebusan gula, menjadi betul-betul kering.
"Halwa betik perlu dijemur setiap hari pada suhu panas terik sehingga gula bersakar," katanya.
Halwa betik bukan hanya menggunakan betik muda tetapi buah-buah lain seperti mangga, labu dan cermai.
Menariknya, halwa betik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika disimpan di dalam bekas dan dijaga dengan elok.
"Saya terima tempahan untuk majlis perkahwinan sebagai sebagai hiasan, cendera mata dan pemanis mulut kepada pasangan pengantin meliputi apa sahaja tema.
Azfa Su kini beroperasi di No 1 Jalan 2/4F Bandar Baru Bangi. Maklumat lanjut hubungi 016-2511554 .

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: