Thursday, March 3, 2011

Katie Holmes saman majalah Star


Katie Holmes


LOS ANGELES 2 Mac – Pelakon Katie Holmes memfailkan saman fitnah berjumlah AS$50 juta (RM152 juta) terhadap majalah hiburan, Star kerana artikel utamanya yang menuduhnya menagih dadah.

Tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah persekutuan Los Angeles itu dibuat ke atas edisi bulan Januari majalah tersebut yang menyiarkan tajuk utama Igauan Ketagihan. Kejutan Dadah Katie!’

Artikel tersebut mendakwa Holmes, 32, terperangkap dalam satu kitaran rawatan ketagihan tetapi tidak menyatakan jenis penggunaan dadah.

Sebaliknya, ia hanya menceritakan tentang sesi kaunseling yang dilaluinya di Gereja Saintologi.

Suaminya, Tom Cruise merupakan seorang penyokong kuat fahaman gereja tersebut.

“Dakwaan majalah Star yang berniat jahat tentang Katie itu adalah tidak benar, tidak beretika dan tidak mengikut undang-undang.

“Bukan sahaja mereka memfitnah Katie dengan kejam, mereka melakukan muslihat murahan kepada orang awam, membuat dakwaan yang merepek di muka depan tanpa sokongan apa-apa di dalamnya,” ujar peguam Katie, Bert Fields.

Majalah Star diterbitkan oleh sebuah syarikat yang berpusat di Florida, American Media yang turut menerbitkan tabloid mingguan, The National Enquirer.

Jurucakap American Media mengatakan syarikat mereka akan membela diri dengan penuh semangat bagi menghadapi tuntutan mahkamah tersebut dan peguam mereka tidak sabar untuk mendengar Holmes memberikan keterangan bersumpah tentang pengalamannya dengan Gereja Saintologi.

Menurut peguam Holmes, pelakon itu terpaksa memfailkan tuntutan mahkamah untuk mewajarkan reputasinya selepas American Media enggan menarik balik penipuan berniat jahat tentangnya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: