Saturday, March 26, 2011

Ilham pengantin


Iezla dengan busana pengantin yang ditawarkan di butiknya.


INGINKAN kelainan dan kepelbagaian untuk busana pengantin anda? Butik Iezla Bridal menawarkan segalanya dengan aneka pilihan fabrik berdasarkan cita rasa anda.

Dipelopori, Mohamad Iskandar Abdul Malik, 24, butik ini menyediakan tidak kurang 30 koleksi busana pengantin baru setiap musim.

Bertindak sebagai Pengurus Izela Bridal, Mohamad Iskandar yang senang dengan panggilan Iezla berkata, ia dilakukan bagi mengelak pertindihan busana yang serupa di kalangan pengantin yang berbeza.

"Ini bermakna selepas enam bulan kesemua 30 koleksi tersebut dijual dan digantikan dengan 30 koleksi baru baik dari segi potongan, rekaan serta hiasan dengan mengekalkan kualiti pemilihan material, jahitan dan taburan manik yang sesuai," katanya.

Menurutnya, Iezla Bridal yang dibuka pada 2003, mendapat dorongan sepenuhnya daripada ibunya, Safiah Talildin dan ia tidak asing di kalangan masyarakat di Kota Tinggi, Kluang, Kulai Jaya dan Pasir Gudang.

Terletak di nombor 30-1, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru UDA, Johor, premis ini menjadi platform para pelanggan mengenali butik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

"Pakej yang kami sediakan meliputi busana, solekan, aksesori pengantin dan bunga-bungaan. Apa yang menarik kami turut menawarkan khidmat nasihat andaman.

"Ini bermakna kita boleh bantu dan cadangkan dari segi bajet pelanggan dengan matlamat akhirnya masing-masing menikmati kepuasan," kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Bagi jenis busana, Iezla menjelaskan, pada asasnya ada dua kategori yang menjadi tarikan iaitu renda dan songket yang dimodenkan dengan tekat manik.

Bukan itu sahaja, aksesori tradisional seperti sanggul, rantai, dokoh, gelang kaki, bunga malai, tanjak turut diperagakan.

Dia pernah dinobatkan sebagai johan dan naib johan Pertandingan Solekan Pengantin masing-masing pada tahun 2009, 2010 dan awal Januari tahun ini. Iezla boleh dihubungi di talian 016-730 9877.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: