
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru syarikat-syarikat swasta dan agensi kerajaan agar menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh pusat-pusat penyelidikan tempatan dalam perolehan teknologi mereka.
Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil penyelidikan tempatan seperti MIMOS Berhad (MIMOS) dan Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah bertaraf antarabangsa.
Beliau mengambil contoh syarikat tempatan iaitu Perfisio Solutions Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (M) Bhd. berkeyakinan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS.
"Saya berasa sukacita kerana Perfisio menggunakan teknologi tempatan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tutor Intelligent Learning Management System (Tutor iLMS) iaitu projek kerjasama antara Perfisio Solutions, MIMOS dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: