
McDonald’s Malaysia menjangka pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus tahun ini daripada RM1.095 bilion pada 2010.
Pengarah Urusannya, Sarah Casanova berkata, sebagai sebahagian langkah agresifnya untuk terus mengembangkan perniagaannya, rantaian makanan segera itu memperkenalkan “Family Breakfast Box”.
Menurutnya, pelaburan berterusan McDonald’s dalam hidangan sarapan sebagai satu daripada strategi perniagaan utamanya bagi mencapai pertumbuhan menghasilkan keputusan ketara.
“Dengan pelancaran (produk baru) ini, kami menjangkakan trend meningkat ini berterusan kerana pelanggan boleh menantikan hidangan sarapan yang bernilai setiap hari,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi Pengguna/Kefahaman Perniagaan syarikat itu, Stephen Chew berkata, 2011 bakal menjadi tahun yang mencabar bagi McDonald’s Malaysia.
“Kami berjaya mengekalkan harga selama dua tahun dan akan meneruskan usaha ini, malah cabaran kami sekarang adalah bagaimana hendak mengekalkannya memandangkan harga semua bahan mentah terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
“Kami akan membelanjakan RM112 juta tahun ini bagi 21 cawangan baru itu dan juga menukar wajah 13 cawangan lain di seluruh negara,” katanya.
Sehingga kini, MacDonald’s Malaysia mempunyai 204 restoran di seluruh negara dan merancang untuk membuka 21 lagi tahun ini dengan matlamat mahu memiliki 300 cawangan menjelang akhir 2014.
McDonald’s Malaysia juga mempunyai enam program besar bagi pelanggannya dalam sembilan bulan akan datang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: