Friday, March 25, 2011

Eva tidak terdesak


EVA LONGORIA dan Eduardo Cruz.


NAMPAKNYA aktres Eva Longoria langsung tidak terkesan dengan perceraian yang menimpanya dan bekas suaminya, Tony Parker selepas berkahwin selama tiga tahun.

"Semua perkara dalam kehidupan saya amat sempurna," katanya kepada majalah People menjelang hari ulang tahunnya yang ke-36 baru-baru ini.

Turut bersama-samanya meraikan sambutan tersebut di Eve Nightclub ialah buah hati barunya, Eduardo Cruz dan beberapa teman rapatnya seperti Mario Lopez dan David Spade.

Sepanjang majlis berlangsung, bintang Desperate Housewives dilihat sangat romantik di ruang orang kenamaan bersama Cruz.

"Saya menghargai semua yang telah berlaku dan jadikan ia sebagai pengalaman dalam kehidupan. Saya tidak pernah menyesal. Jadi anda tahu saya tidak bersedih dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: