Wednesday, March 23, 2011

Bersukan tapi tetap cantik


Marion memperkenalkan krim penapis UV Expert dari Lancome.


MASIH ingatkah anda dengan juara pecut wanita Olimpik di Seoul pada tahun 1998, Florence Griffith Joyner atau nama popularnya Flo Jo? Siapa boleh lupakan satu-satunya atlet wanita yang penuh bergaya dengan solekan hebat, rambut panjang berdandan dan kuku yang diandam cantik.

Flo Jo mencipta fenomenanya yang tersendiri sebagai seorang yang tampil cantik serta menjaga imej di balapan.

Sejak Flo Jo, ramai lagi atlet yang muncul dengan solekan dan cantik ketika bertanding. Tak kira di balapan mahupun di gelanggang.

Walaupun ada yang beranggapan solekan bukanlah satu keutamaan buat mereka yang berjuang untuk negara, namun mereka harus tahu, solekan memberikan 'kuasa' tertentu terpulang kepada persepsi masing-masing untuk mentafsirkannya.

Pemain tenis nombor satu Perancis, Marion Bartoli memang dilahirkan dengan tubuh yang tinggi lampai dan mempunyai rambut ikal mayang yang panjang mengurai.

Baru-baru ini, Marion berpeluang melawat Institut Kecantikan LancĂ´me yang terletak di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur.

Lawatan tersebut adalah bersempena dengan pertandingan BMW Malaysian Open 2011-WTA yang berlangsung pada 3 hingga 6 Mac lalu. Lancome adalah penaja utama bahagian kecantikan untuk pertandingan tersebut.

Bagi Marion, setiap wanita terutamanya atlet mempunyai persepsi sendiri tentang solekan ketika di medan pertandingan.

"Pilihan untuk mengenakan solekan ketika bersukan terpulang kepada individu. Ada yang selesa melakukannya dengan alasan ia memberikan mereka penampilan menarik dan menambah keyakinan diri. Sudah tentu apabila keyakinan timbul mereka boleh mempersembahkan permainan dengan lebih baik lagi.

"Mungkin ada yang beranggapan solekan bukanlah satu perkara penting kerana mereka mahu memberikan sepenuh fokus dalam permainan. Bagi saya, seorang pemain tenis harus mempunyai keyakinan di gelanggang tenis tidak kira apabila mereka mengenakan solekan atau tidak," jelasnya.

Marion tidak menafikan kecantikan seseorang wanita khususnya pemain tenis atau mana-mana atlet memberikan mereka lebih publisiti dan peluang untuk mendapat tajaan jenama sukan tersohor.

Marion juga tidak memandangnya sebagai satu perkara yang negatif kerana publisiti tersebut membuatkan sukan tenis mempunyai semakin ramai peminat terutamanya di kalangan anak muda.

"Memang ada ramai pemain tenis wanita yang mempunyai pakej lengkap untuk menjadi role model kepada wanita muda. Pemain profesional seperti Maria Sharapova, Serena Williams adalah contoh terbaik. Mereka bukan sahaja memotivasi anak gadis diluar sana untuk berpakaian seperti mereka malah yang lebih penting membuatkan wanita ingin bersukan demi kesihatan dan kecantikan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: