Wednesday, March 23, 2011

Apabila Wincci tidur tiga jam sehari




MELIHAT pada kelembutan riak wajahnya, jelas terserlah keayuan sejati seorang wanita. Ditambah pula kebijaksanaan dan sifat rendah diri , tidak hairanlah Soo Wincci, 26 menjadi pilihan Avon untuk rangkaian Anew.

Personalitinya yang mudah mesra dan peramah juga membuatkan wanita menawan berketinggian 1.7 meter ini mudah didekati.

Merupakan graduan ijazah udang-undang dari Universiti Reading di United Kingdom (UK), Wincci juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan bersama Universiti Sunshine Coast, Queensland, Australia di bawah program berkembar dengan Kolej Universiti SEGi.

Sejak memegang status Ratu Cantik Malaysia 2008 , jadual harian Wincci jelas bertukar 360 darjah.

"Saya sibuk dengan pelbagai aktiviti kebajikan, peragaan dan bidang seni sehingga saya sempat tidur kira-kira tiga jam sahaja sehari.

''Kesannya, kulit wajah menjadi kusam, tidak bermaya dan timbul ruam-ruam kecil. Saya mulai bingung dan malu kerana memiliki kulit wajah sedemikian," luah duta Anew keluaran Avon yang mendapati kulitnya semakin cantik selepas menggunakan rangkaian produk anti penuaan Avon, Anew Reversalist.

Dalam kesibukan mengejar cita-cita, Wincci tidak pernah lupa diri.

Bahkan dia tidak mahu berjaya hanya kerana rupa semata-mata. Baginya, kecantikan adalah suatu yang tidak harus dilihat dari sudut luaran. Malah, kebijaksanaan dan pengetahuan yang dimiliki menyerlahkan kecantikan seseorang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: