![]() |
| ANTARA ubat seks yang dirampas oleh Jabatan Kesihatan Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini. |
KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan merampas 46 jenis ubat seks pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2,199 yang dijual secara terbuka di sekitar kaki lima di bandar ini.
Dalam serbuan yang dilakukan baru-baru ini, jabatan itu turut menahan tiga peniaga ubat berkenaan yang sedang menjalankan perniagaan tersebut di sekitar Jalan Sultan Ismail dan Hilir Pasar di sini.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Kamil Hassan berkata, kesemua peniaga ubat berkenaan merupakan pesalah tegar dan pernah ditahan oleh pihak berkuasa sebelum ini.
"Walaupun pernah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, ketiga-tiga mereka ini nyata tidak serik dan masih mengulangi kesalahan yang sama.
"Semua barangan yang dirampas akan disimpan di cawangan penguat kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri untuk siasatan lanjut dan seterusnya tindakan pendakwaan di mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: