Saturday, March 26, 2011

44 guni beras wangi seludup dirampas


ZAMBERY (tiga dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan beras wangi seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG - Hasrat sekumpulan lelaki untuk mengaut keuntungan melalui aktiviti penyeludupan beras tidak kesampaian apabila kegiatan mereka terbongkar selepas diserbu oleh anggota tentera dari Batalion 2 Rejimen Sempadan (RS).

Dalam kejadian pukul 10.15 malam kelmarin, empat anggota RS sedang melakukan rondaan rutin sebelum ternampak sebuah lori yang ditinggalkan berhampiran Sungai Golok di Kampung Banggol Tok Bidang, Jeram Perdah dekat sini.

Pegawai Memerintah Batalion 2 RS, Lt. Kol. Zambery Jefry Darus berkata, selepas mendapati kenderaan tersebut berada dalam keadaan mencurigakan, anggota RS ternampak pula sekumpulan lelaki sedang melintasi Sungai Golok dengan menggunakan sebuah perahu.

Menurutnya, selepas disergah, kesemua lelaki terbabit membuat pusingan sebelum melarikan diri menyeberangi sungai tersebut ke negara jiran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: