Saturday, March 26, 2011

20 tahun berdepan banjir kilat


BEBERAPA peniaga membersihkan premis perniagaan selepas banjir surut di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Para peniaga berhampiran Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini merayu pihak MBKT agar dapat menangani masalah banjir kilat yang terpaksa dihadapi setiap kali hujan lebat sejak 20 tahun lalu.

Menurut seorang peniaga, Eyong Hang, mereka sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak MBKT namun tiada tindakan susulan diambil.

"Kalau hujan, kedai kami akan dinaiki air sehingga satu meter dan cuba bayangkan bagaimana kami hendak berniaga.

"Masalah ini sudah berlaku sejak 20 tahun lalu dan setiap kali hujan lebat, perniagaan kami pasti terjejas kerana dinaiki air," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, banjir kilat dipercayai berpunca daripada longkang yang terlalu sempit dan gagal menampung jumlah air yang banyak.

Seorang lagi peniaga yang enggan dikenali berkata, setiap kali banjir kilat berlaku, banyak kerugian terpaksa ditanggung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: