U Mobile, pengendali perkhidmatan mudah alih 3G, menawarkan beberapa kadar dail terus antarabangsa (IDD) dan pakej telefon percuma termurah bagi musim perayaan Tahun Baru Cina.
U Mobile berkata ia sedang menambah senarai negara-negara yang boleh dibuat panggilan oleh pelanggan pada kadar termurah dengan perkhidmatan jimat, ‘IDD 1310’.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee, berkata U Mobile memperkenalkan pelan 1310 dengan kadar dari serendah 14 sen seminit ke China, Hong Kong, Macau dan Singapura.
“Kami fokus dalam memberikan pelan-pelan nilai bagi wang yang termampu dan berkualiti tinggi kepada pelanggan-pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.
Negara lain yang menawarkan kadar IDD rendah ialah Bangladesh, India, Indonesia, Nepal, Pakistan, Thailand dan Vietnam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: