Monday, February 14, 2011

Transisi dua wanita muda


Sereni dan Shentel selepas disolek.


KETIKA menggayakan aksesori, perkara pertama yang terfikir dalam minda adalah keinginan untuk tampil ringkas, moden dan anggun dalam apa jua suasana.

Jangan terlalu leka membeli aksesori mencecah ribuan ringgit tanpa memikirkan konsep solekan yang sesuai untuk ke majlis, pejabat atau bersantai.

Harga atau jenama bukan menjadi ukuran utama. Kombinasi solekan , dandanan, busana, kasut dan sebagainya memainkan peranan penting.

Jika anda ingin tampak cantik dan lawa dengan aksesori yang dibeli, tidak lengkap jika nada solekan tidak selari dengannya.

Pada era ini, wanita bukan sahaja ingin tampil ayu tetapi juga mahu kelihatan cergas dan elegan.

Justeru, pemilihan konsep solekan yang sederhana dan ceria amat bersesuaian untuk ke majlis rasmi dan kasual mahu pun ke tempat kerja atau menghadiri temu janji dengan teman.

Solekan

Solekan yang sesuai dan menarik mampu mencuri setiap mata yang memandang.

Ketika berada di majlis pelancaran produk terkemuka baru-baru ini, mata penulis dan rakan-rakan lain tertumpu pada penampilan ringkas, comel dan bersahaja dua wanita.

Perwatakan mereka hampir serupa. Bukan sahaja bijak, bergaya, bersifat ceria dan memiliki raut wajah comel , malah berbakat dalam bidang rekaan cekak rambut.

Pengasas cekak rambut Sereni & Shentel, Sereni Linggi, 35 dan Shentel Lee, 28 mencuri perhatian tetamu pada pelancaran solekan musim panas Lancome.

Bergaya dengan cekak rambut istimewa, Lancome memberikan penghargaan kepada mereka untuk memperkenalkan cekak buatan tangan dari Borneo itu.

Keunikan wajah serta kecantikan yang dimilik kedua wanita itu tidak menampakkan perbezaan usia mereka yang sebenarnya agak jauh.

Tidak perlu mengenakan mekap tebal lantaran solekan yang nipis, berona lembut cukup untuk menyerlahkan keayuan wajah kedua-dua wanita itu.

Sebab itu, mereka selesa memilih Lancome musim baru yang banyak bermain dengan warna pastel dan terang.

Ton warna pilihan kali ini menjadi inspirasi ceria dan riang terutama digayakan bersama cekak rambut yang menarik.

Untuk pembelian sebarang produk Lancome Ultra -Lavande bernilai RM 300 ke atas, peminat cekak rambut boleh mendapatkan hadiah istimewa rekaan Sereni dan Shentel. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/LancomeMY.

Bersesuaian dengan era 70an, Pengarah Kreatif Aaron De Mey telah menterjemahkan semangat zaman tersebut dengan palet lavender yang menampilkan warna paling popular ketika itu, serta simbol (rama-rama) dengan gaya yang terkini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: