
Berlaku ketegangan antara Zaimi (kiri) dan Che Rozanah di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memberi peluang kepada tiga kanak-kanak untuk memilih sendiri haluan mereka sama ada mahu berada di bawah jagaan ibu atau bapa.
Hakim Rosdi Harun membuat keputusan itu selepas pasangan Zaimi Tumin, 37, dan Che Rozana Che Ismail, 32, gagal bermuafakat berhubung hak penjagaan terhadap tiga anak mereka ketika kes tersebut dibicarakan. Pasangan itu bercerai pada tahun 2008.
Sehubungan itu, Muhammad Fairuz Saifudin Zaimi, 11, serta dua adik perempuannya Nur Syafiqah, 10, dan Nur Suraya Hani, 8, akan dipanggil ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 28 Februari ini untuk mendengar keputusan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: