
MAT YATIM (dua dari kanan) menadah air bersih sambil diperhatikan oleh Amir (tiga dari kanan) serta kakitangan SAMB di Pulau Gadong, Klebang, Melaka semalam.
MELAKA – Sejak empat tahun lalu, seorang warga emas, Mat Yatim Che Mat, 69, terpaksa tinggal berjauhan dengan isterinya, Hasnah Mat Don, 64, ekoran rumah pusaka peninggalan arwah bapanya di Kampung Solok Pokok Manggis, Pulau Gadong, Klebang di sini tidak mempunyai bekalan air bersih.
Kini Mat Yatim boleh menarik lafaz lega kerana masalah tersebut selesai selepas Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menyalurkan bekalan tersebut semalam.
Dia yang sebelum ini tinggal di tempat lain mula mendiami rumah pusaka tersebut sejak enam tahun lalu dan menggunakan air perigi yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya untuk kegunaan harian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: