![]() |
| Syahrini |
Penyanyi yang juga pasangan duet kepada Anang Hermansyah, Syahrini berjanji akan berusaha menutup aurat sebagaimana yang dipinta oleh arwah bapanya sebelum meninggal dunia.
Selain menutup aurat, arwah bapanya yang menghembuskan nafas terakhir pada 28 Januari lalu turut meminta agar anaknya itu tidak meninggalkan solat serta segera berkahwin.
Menerima permintaan bapanya itu dengan hati yang tenang, kata Syahrini, dia akan cuba melakukan perubahan secara perlahan-lahan.
"Bapa saya orangnya kuat agama. Dia minta supaya tutup aurat, cepat nikah dan jangan tinggalkan solat lima waktu. Katanya, jangan kerana memakai solekan, maka solat ditinggalkan.
"Tentang aurat, saya akan cuba perlahan-lahan, tak bererti saya memakai tudung, tetapi saya fleksibel, "kata Syahrini yang mengaku masih berduka.
Syahrini sebelum ini terkenal sebagai antara artis yang sering berpenampilan seksi. Selain itu, dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan intim dengan bekas suami Kris Dayanti itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: