![]() |
| SEbahagian 900 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor bersama sisipan ADaP UPSR pada majlis taklimat Skim Langganan Akhbar ke Sekolah di sekolah itu, baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Sebagai usaha untuk menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan akhbar, Kumpulan Utusan baru-baru ini mengadakan sesi taklimat bersama murid-murid dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi.
Sesi penerangan mengenai Skim Langganan Akhbar ke Sekolah yang diadakan Selasa lalu itu juga bertujuan menerangkan bagaimana akhbar Utusan Malaysia boleh digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, selain buku teks.
"Penggunaan akhbar ini misalnya berupaya membantu murid menguasai bahasa Inggeris melalui E-Lab dan tulisan jawi melalui sisipan Utusan Melayu Mingguan yang diterbitkan setiap Isnin," kata Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Rosman Zulkifli
Katanya, taklimat yang dihadiri oleh 900 murid dan guru itu disampaikan oleh Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 3 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Yaum Ahmad Arsyad Md. Wazir.
"Antara aspek penerangan adalah penggunaan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) seperti E-Lab dan ADaP UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)," jelasnya.
Turut hadir Guru Penolong Kanan sekolah itu, Rattinah Che' Omar dan Guru Media dan Pusat Sumber, Normawati Zainal Abidin.
Mana-mana sekolah yang mahu melanggan akhbar ini boleh menghubungi terus Bahagian Pemasaran di talian 03-89243888.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: