![]() |
| |
BENAR kata orang, kalau melibatkan isu duit memang orang kita cukup sensitif. Apatah lagi wang yang ditawarkan itu semakin susut nilainya. Dalam hal pertelingkahan antara pelakon yang sedang meningkat naik, Gambit Saifullah dengan Aziz M Osman misalnya, semua ini kembali diungkit.Soal harga bayaran yang semakin menurun, soal profesionalisma sehinggalah soal-soal kecil yang lain dijadikan agenda utama untuk menuding jari. Mungkin ada asasnya untuk pihak pengurusan Gambit buka mulut.Mereka juga mendakwa isteri kepada Aziz tidak profesional dalam menentukan harga bayaran. Dalam jawapannya kepada Pancaindera, pengurusan Gambit hanya menghantar kenyataannya melalui e-mel dengan alasan pelakon berkenaan sibuk shooting di lokasi.Amboi, artis baru sekarang memang hebat, sampaikan hendak bercakap dengan pihak media pun kena pakai orang tengah. Tahniah Gambit!
Tidak mahu mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja, Pancaindera mendapatkan komen daripada pengarah Aziz M. Osman mengenai hal ini. Biarpun pada mulanya dia enggan memberikan komen, Aziz tetap dengan pendirian kes itu tidak patut dijadikan isu memandangkan semuanya sudah selesai.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Tak ada apa cerita pun yang patut diperbesarkan. Soal harga atau segala tuduhan yang dilemparkan bukan saya yang mulakan. Saya tak tahu siapa yang menyebarkan cerita sampai satu Malaysia tahu harga yang ditawarkan.
Macam mana hubungan dengan Gambit?
Saya tak ada masalah apa-apa dengan dia memandangkan kami belum sampai ke peringkat bekerjasama. Hanya perbincangan yang dilakukan sebelum ini dan tak ada sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi dalam waktu perbincangan pun tak ada kata putus, itu menandakan kami tak ada jodoh untuk bekerjasama.
Pihak Gambit tuduh isteri Aziz, Puteri Lily tak profesional. Apa komen abang?
Semua orang kena faham situasi. Saya yang mempunyai hak untuk membuat keputusan dan bukannya isteri saya. Dia hanya orang tengah yang menyampaikan pesan kepada Gambit. Tak wajar kalau nak tuduh isteri saya tak profesional. Kalau nak tuduh, tuduhlah saya sebab saya yang membuat keputusan untuk semua perkara.
Sebagai orang lama, rasa tercabar atau kecewa tak keadaan begini terjadi?
Tak ada istilah kecewa atau apa sahaja perasaan tak baik dalam diri saya. Macam saya katakan tadi semua sepatutnya tak dijadikan isu sebab kami belum bekerjasama. Lainlah kalau tengah shooting atau dah sign kontrak. Lagi satu, saya ni orang lama dalam industri ni. Dah uruskan artis sejak zaman Norkumalasari sampailah ke zaman sekarang. Tepuk dada tanya selera.
Apa tindakan Aziz selepas ini?
Biarlah orang lain yang menilai. Cerita ini tersebar pun bukan saya yang mulakan. Saya tak tahu siapa yang canang semua cerita ini sampai satu Malaysia tahu. Rasanya saya dah terlalu matang untuk lalui perkara ni. Tak ada rasa kecewa atau dendam kepada mana-mana pihak.
Cerita skrip tak ada pula macam mana?
Ini soal karya kreatif. Lain orang lain cara kerjanya. Kerja kreatif ni kadang kala bukan boleh dirancang-rancang. Ada kala idea tu datang secara terus bila dekat lokasi. Rasanya ramai artis yang pernah bekerjasama dengan saya tahu cara saya bekerja. Sebab itu kita tak boleh nak nilai orang secara terus. Lihat juga cara kerja sebab semua orang berlainan cara.
Kenapa heroin filem pun diberitahu harga bayaran untuk Gambit?
Memang isu harga ni isu yang bersifat peribadi. Lagi kita cuba rahsia, lagi orang nak tahu. Memang betul ada satu dua orang terdekat yang tahu isu bayaran sebab ada kala perkara-perkara macam ni kita tak boleh sorok. Tapi hanya orang ni sahaja yang tahu. Bila kes makin besar, sampai semua orang tahu harga sekian-
sekian, bukan daripada pihak kami. Saya tidak pernah buka mulut untuk menyebarkan kepada semua orang.
Serik tak bekerjasama dengan pelakon baru macam dia?
Sejujurnya saya tak ada masalah dalam hal macam ni. Manusia ada macam-macam warna dan perangai masing-masing. Kalau nak bekerjasama tu kena berunding baik-baik. Tapi kena ingat dalam proses rundingan tu, tak semestinya berjaya. Kalau tak berjaya tu tak jadi masalah sebab masih banyak peluang lain akan muncul pada masa akan datang.
Masih ada ruang untuk Gambit selepas ini?
Tak ada masalah untuk bekerjasama pada masa akan datang. Bila sudah berjumpa dia beberapa kali, saya tahu dia memang lelaki yang baik. Ada kematangan dalam dirinya yang membuatkan saya tertarik untuk ambil dia berlakon. Tapi kena betul pengurusannya. Kalau boleh, jangan cepat melatah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: