Sunday, February 20, 2011

Shukri nyaris terbakar




BARU kali pertama mencuba nasib sebagai pelakon, Shukri Yahaya sudah melalui pengalaman yang mengejutkan. Tapi ia bukanlah alasan untuk dia berasa takut.

Dia hampir menjadi mangsa terbakar di lokasi ketika berlakon filem Bara Jiwa arahan Osman Ali. Ia tidak mematahkan semangat sebaliknya menjadikan dia semakin bersemangat.

Ingat lagi insiden pelakon Raffi Hussein yang melecur di lokasi filem itu bulan lalu? Shukri juga salah seorang pelakon yang terlibat dalam adegan tersebut.

“Jari saya terluka sedikit kerana terkena sambaran api apabila berlaku letupan. Saya orang terakhir yang keluar daripada tempat yang bakal meletup dalam adegan itu.

“Saya berlakon sebagai kumpulan baik di sebuah warung yang mahu dibakar oleh kumpulan penjahat. Nasib baik letupan berlaku setelah saya keluar, kalau terlewat keluar saya juga mungkin jadi mangsa.

“Tapi saya anggapnya sebagai dugaan dalam kerjaya baru saya ini. Itulah filem pertama saya dan saya sedang berusaha menempatkan diri saya dalam kelompok pelakon yang dikenali.

“Sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama baru berjudul Juvana. Dalam drama ini saya berlakon sebagai pelajar sekolah yang bermasalah.

“Sebab itulah saya berimej botak kerana mahu sesuai dengan watak saya sebagai pelajar di sekolah khas,” kata Shukri kepada Pancaindera.

Paparan dalam ruangan Kacak Bergaya ini ialah publisiti pertama buat Shukri yang belum pernah menjadi bahan berita. Maklumlah hasil seninya belum terbukti.

“Sekarang tak ada yang kenal saya pun dan saya masih bebas ke mana sahaja tanpa orang mempedulikan saya. Kiranya saya ni belum ada peminat lagi lah.

“Dulu saya pernah terlibat dalam beberapa iklan TV, tapi terlibat selaku pelakon tambahan sahaja,” jelasnya.

Dia juga bersedia melalui dunia seni yang dikatakan banyak ranjau. Baginya tiada apa yang perlu ditakuti dengan gosip sekiranya seseorang melakukan kerja dengan jujur.

“Saya berlakon kerana mahu menjadikannya sebagai kerjaya. Saya harap tiada isu kontroversi yang timbul membabitkan nama saya. Saya rasa tak perlu mencari publisiti murahan untuk meraih populariti,” katanya.

Ditebak persoalan pasal peribadi, secara terus terang Shukri mengakui dia masih solo dan belum masa untuk bercinta.

“Bukan jawapan skema, tapi memang saya tak ada kekasih. Saya masih muda dan baru mahu mencari tapak dalam bidang lakonan ini, seharusnya saya tumpu pada kerja dulu,” ujar Shukri.

Shukri juga mula berjinak-jinak dengan sukan paintball. Setelah mencuba sekali, terus dia jatuh cinta dengan sukan itu.

“Saya minat bermain futsal dan sering turun bermain dengan kawan- kawan. Baru-baru ini saya cuba bermain paintball. Setelah mencubanya, saya terus jatuh cinta,” ujarnya jujur.

3 comments:

  1. HAI KITA PEMINAT ABG SYUKRI....UMUR SYE 15 TAHUN...!ABG NIE HANDSOME LH..!

    ReplyDelete
  2. hai...sye peminat abg syukri nama saya natasha binti rosli...!umur saya 13 tahun...!saya suka tgk asmara luna...!best sangat2222....!nak no telefon leh..hehehe x ahhh sje jer..!

    ReplyDelete
  3. hai...sye peminat abg syukri nama saya natasha binti rosli...!umur saya 13 tahun...!saya suka tgk asmara luna...!best sangat2222....!nak no telefon leh..hehehe x ahhh sje jer..!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: