
JASIN - Sejumlah RM5.81 juta dibelanjakan setakat ini untuk menguruskan pusat-pusat pemindahan di empat negeri, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang yang terlibat dengan banjir kali ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan operasi di pusat pemindahan mangsa banjir negeri-negeri itu termasuk penyediaan bantuan makanan dan keperluan asas lain berjalan lancar.
"Saya lihat keadaan memang mencabar (tetapi) boleh kata semua kerja dan tanggungjawab yang dipikul semua pihak berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai semalam.
Katanya, seramai 1,147 petugas JKM dan 2,150 sukarelawan terlibat dalam menguruskan operasi di pusat pemindahan di negeri terbabit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: