Sunday, February 6, 2011

Pertama di Malaysia


PEMANDANGAN resort yang menawarkan pengalaman seperti melancong ke luar negara.


PENGINAPAN lodge yang dibina menggunakan susunan kayu balak bukanlah sesuatu yang asing di luar negara. Di Amerika Syarikat, penginapan seperti itu cukup popular sebagai rumah persinggahan untuk percutian seisi keluarga.

Dikelilingi keindahan gunung dan tasik, tarikan yang dimiliki oleh penginapan lodge pasti mencetuskan keinginan kita untuk menjenguk dan merasai kehidupan di dalamnya.

Bahkan dengan tarikan yang sinonim, semakin ramai pengusaha pelancongan kini menggunakan lodge sebagai nama untuk mempromosi penginapan mereka.

Jika anda pernah mencuba satu daripadanya, ia tidak lebih sekadar hotel atau calet biasa. Namun kini, penginapan lodge kini bukan lagi sesuatu yang asing di negara ini.

Dibina pada skala lebih besar, Philea Resort & Spa di Ayer Keroh, Melaka menawarkan percutian ala country yang dipakejkan bersama perkhidmatan resort mewah.

Rangkaian resort milik Majestic Hotels & Resorts Sdn. Bhd. yang dibuka pada pertengahan tahun lalu telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai resort balak (log resort) yang pertama dan terbesar di rantau ini.

Dibina dengan kos RM140 juta, resort seluas sembilan hektar itu merupakan satu daripada pilihan resort premium di negara ini. Ia menawarkan percutian terbaik bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan berehat dalam erti kata yang sebenar.

Peluang menginap di Philea Resort & Spa baru-baru ini boleh diumpamakan seperti melangkah ke alam lain. Bahkan tanpa mengetahui, anda mungkin terfikir bahawa ia sebuah resort di luar negara.

Berbeza dengan resort-resort yang pernah dicuba sebelum ini, keterujaan begitu dirasai terutama ketika melihat deretan vila yang memancarkan warna kuning keemasan.

Lupakan seketika tentang keindahan landskap kerana unit-unit vila dengan permukaan dinding berlekuk itu memang sesuatu yang tidak pernah dilihat di negara ini. Keunikan reka bentuknya juga cukup menarik ditatap.

Apa yang harus diakui, susunan kayu pokok pain yang diimport dari Rusia itu benar-benar mencetuskan obsesi.

Kini saya sedia untuk menyelongkar kemewahan di Vila Pavilion, unit permulaan yang ditawarkan pada harga RM468 semalaman dengan dua sarapan pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: