Thursday, February 3, 2011

Pereka pulau Dewi Perssik?

Penyanyi dangdut Dewi Perssik macam gemar sangat dengan kontroversi. Ada-ada sahaja kontroversi melibatkan dirinya. Tapi dia jenis yang tahan dan tidak berasa ia satu masalah.

Agaknya dia senang benar apabila ada kontroversi. Maklumlah kontroversi itu membuatkan namanya terus menjadi sebutan. Tak kisahlah sama ada ia baik atau buruk.

Dewi Perssik sering bikin kontroversi

Baru-baru ini semasa berjumpa rakan pereka fesyen untuk artis Indonesia, ada juga terdengar nama Dewi Perssik. Semasa sedang bermundar-mandir dengan rakan itu, pereka tu dapat panggilan telefon daripada penerbit TV.

Penerbit itu mahukan si pereka terkenal itu menyiapkan busana untuk beberapa artis yang akan menghadiri satu majlis glamor sempena ulang tahun sebuah stesen TV tidak lama lagi.

"Yang lain okeylah... tapi aku tak mahu bikin baju untuk Dewi Perssik," kata pereka itu kepada si pemanggil.

Bila perbualan mereka selesai, Kita tanyalah pereka yang baik dengan Kita tu. Pasal apa dia enggan jahit baju penyanyi hot dan popular itu. Sah-sah bajunya akan dimuatkan di dada majalah.

Jawabnya: "Aku sudah terkena dengan dia. Aku diminta membuat baju untuk dia. Dia nampak okey aja. Malah semasa sesi fitting pun dia tidak merungut dan mengatakan semuanya okey. Tapi bila sampai hari acara dia tidak mahu pakai.

"Kalau tak mahu pakai tak apa... cakaplah awal-awal tak adalah aku susah payah jahit baju. Bila siap, usaha aku sia-sia sahaja sebab dia tak mahu pakai.

"Sudah ada pereka lain yang kena macam itu. Sebab itulah aku tak mahu jahit baju dia lagi. Aku dengar ada juga pereka lain yang enggan kerjasama dengan dia."

Oh! Macam itukah? Memanglah siapa-siapa pun akan marah kalau terkena macam itu. Kalau tak sukakan fesyen seseorang pereka sepatutnya cakaplah daripada awal sebelum baju siap. Tak adalah orang bersusah payah. Tak tahulah kalau memang Dewi Perssik sengaja buat hal untuk meraih publisiti macam itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: