
Namun, selepas itu, Ikhwan meneruskan kerjayanya sebagai penyampai radio. Lima tahun bersama stesen hot.fm, kini Ikhwan dilamar sebagai pengacara pula.
Mengakui perjalanan seninya bermula satu persatu, Ikhwan tidak pernah mengeluh. Dipilih sebagai pengacara bagi program Galaksi, Ikhwan seperti membuka buku lama kembali.
“Bukan mudah untuk saya berdiri di depan kamera dan mengendalikan program secara langsung. Waktu inilah saya teringat kenangan saya ditegur oleh Raja Azura ketika kami sama-sama mengacara dulu. Saya anggap dia sebagai guru saya. Raja Azura banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
“Walaupun dah enam tahun berlalu, saya tetap mengingati apa yang dikatakan kepada saya. banyak ilmu yang diturunkan kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baru Galaksi baru-baru ini.
Tambahnya lagi, menjadi pengacara lelaki pertama untuk Galaksi merupakan cabaran terbesar buat dirinya.
“Galaksi musim baru memerlukan saya untuk lebih memberi interaksi kepada penonton. Tidak mahu terikut-ikut atau dikatakan meniru pengacara lain, saya perlu lebih kreatif. Lagi pula dapat bekerja dengan orang lama seperti Nas Ahmad, semuanya menjadi lebih mudah,” katanya lagi.
Nas Ahmad yang bertindak sebagai penerbit Galaksi mengakui tidak mudah mengendalikan Galaksi jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada kumpulan wartawan dan juga pengacaranya.
“Galaksi yang merupakan sebuah rancangan yang menyentuh tentang isu-isu semasa artis tempatan tanah air.
“Bersesuaian dengan tahun baru yang baru sahaja tiba, Galaksi juga tidak terlepas dengan sentuhan barunya seperti konsep, set, kandungan dan juga pengacaranya,” katanya.
Pengisian lebih mantap
Tidak lari daripada isu semasa dunia hiburan tempatan, Nas Ahmad mengakui amat sukar untuk keluar daripada program Melodi dan Terjah. Namun berbekalkan semangat dan menyahut cabaran, Galaksi musim baru lebih mantap dan berani.
“Bukan mudah untuk kami menyamai rating Melodi. Tapi, sebagai usaha kami, Galaksi kini lebih bercorak semi formal berbanding program lain.
“Tidak hanya pada pakaian yang dipakai oleh pengacara, tetapi persembahan kami juga tidak menjurus kepada isu hangat dan ia lebih santai,” katanya lagi.
Sebelum ini, kerusi pengacara pernah dipegang oleh beberapa selebriti wanita popular seperti Irma Hasmie, Sazzy Falak, Nadia Shahrul Anuar, Sharifah Shahirah, Nana Mahazan serta pengacara jemputan seperti Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Serina Redzuawan.
Galaksi telah berjaya meraih lebih daripada 500,000 ribu penonton pada minggu pertama ditayangkan. Galaksi musim terbaru akan disiarkan pada jam 9.00 malam setiap hari menerusi saluran Tv9.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: