![]() |
| Struktur kereta (casis /body cover) yang telah siap. |
PELBAGAI agensi dari seluruh dunia sedang berusaha mencapai kata sepakat untuk mengatasi kesan perubahan iklim yang boleh menyebabkan dunia tidak lagi sesuai didiami.
Masalah ini telah menyumbang kepada usaha bagi memastikan konsep bumi hijau dipraktikkan termasuk menghasilkan kenderaan yang lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.
Oleh itu, Zull Design Autotronic (ZDA) mengambil inisiatif memperkenalkan cara-cara membina kereta elektrik. Ia memberi ilham kepada pembaca bagaimana konsep kereta elektrik berfungsi.
Bermula siri 71 yang lepas, ZDA telah mula berkongsi inovasi mereka bentuk kereta elektrik kepada pembaca dengan cara yang lebih mudah.
Siri kali ini kami akan berkongsi langkah-langkah seterusnya bagi mereka bentuk kereta elektrik kepada pembaca.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: