
BERSAMAAN ulang tahun ke-36, bekas isteri Ahmad Dhani, Maia, menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Dia memenangi hak penjagaan tiga anak lelakinya, Al, El dan Dul yang kini masih di tangan mantan suaminya, Ahmad Dhani.
"Alhamdulillah, keputusan hak penjagaan anak-anak jatuh ke tangan saya. Walaupun Dhani belum memberikan mereka kepada saya, tapi ini adalah kepercayaan yang Allah beri kepada saya untuk mengasuh mereka," ujarnya penuh syukur.
Malah sewaktu Maia membuat majlis ulang tahunnya itu, ketiga-tiga anaknya seperti tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut. Maia juga mendakwa, anak-anaknya seperti diugut oleh Dhani jika datang meraikan majlis hari jadinya itu.
Menurut Maia, ugutan tersebut dibaca menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim Dhani kepada El yang berbunyi: "Bismilahirohmanirohim, besok yang datang ke ultah (ulang tahun) bunda, ayah anggap kalian mahu diasuh bunda dan tidak pulang lagi ke rumah ayah. Dan kalian sudah besar, sudah boleh menentukan pilihan masing-masing. Ayah selalu cinta kalian."
Bagi Maia, SMS itu sebuah ancaman terhadap anak-anak yang seharusnya tidak terjadi selain dianggap satu dalih agar anak-anaknya menolak untuk diasuh olehnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: