Monday, February 14, 2011

Luna Maya bermain api: Hotman

SOKONG...Yusuf dan Cut Tari.
SOKONG...Yusuf dan Cut Tari.

CUT Tari dilapor mulai bimbang dengan tindakan Luna Maya bersama aktivis wanita Indonesia yang membawa kes video lucah membabitkan Ariel 'Peterpan' kepada jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HAM).

Peguam Cut Tari, Hotman Paris Hutapea berkata, langkah yang diambil Luna Maya hanya memburukkan sengketanya dengan sistem kehakiman negara itu.


"Selepas meneliti hukuman yang dikenakan terhadap Ariel, saya yakin Cut Tari akan terlepas daripada siasatan itu. Tetapi jika Luna Maya berterusan menyelar pihak polis yang menyiasat kes itu dan sistem pengadilan, penyiasat mungkin bertindak mengheret Luna Maya ke mahkamah. Jika ini berlaku, Cut Tari juga tidak akan terlepas," kata Hotman ketika dihubungi wartawan di pejabatnya baru-baru ini.

  • Foto

    ARIEL dikunjungi Luna dipenjara.

  • Foto

    BELA...Cut Tari bersama peguamnya, Hotman.

Peguam itu sebelum ini berulang kali menasihatkan Luna Maya menerusi media supaya berwaspada dalam segala tindakannya berhubung kes video lucahnya dengan Ariel.

"Jangan terlalu mengkritik. Luna Maya sepatutnya tidak bermain dengan api. Jika terlalu banyak mengkritik, ia akan membangkitkan kemarahan di pihak yang terbabit dalam siasatan itu," kata Hotman.

Dia mengulas tindakan Luna Maya bersama peguamnya, Taufik Basari serta beberapa aktivis hak awasi wanita yang mengecam Undang-Undang Anti-Pornografi. Luna Maya menganggap dia menjadi mangsa undang-undang berkenaan.


"Saya mencari keadilan kerana apa yang saya dan Ariel lalui setakat ini ialah ketidakadilan," kata selebriti itu.


Ariel dihukum penjara tiga setengah tahun hujung bulan lalu atas kesalahan menyebarkan video lucahnya membabitkan Cut Tari dan Luna Maya di samping denda sebanyak Rp250 juta (RM85,000) sedangkan orang yang benar-benar bertanggungjawab menyebarkannya, Rizal Rezaldy hanya Sementara itu, suami Cut Tari, Yusuf Subrata juga mengaku selebriti televisyen itu masih bimbang kerana kesnya masih belum selesai.


"Bohong jika saya berkata isteri saya sudah lega, Sebagai manusia biasa, kebimbangan masih ada kerana dia dan Luna Maya adalah suspek dalam kes itu dan polis berkata, mereka menangguhkan siasatan sehingga proses rayuan Ariel berakhir

"Selagi belum selesai, selagi itu kami bimbang," kata Yusuf.Namun, menurutnya, dia dan Cut Tari dapat bertenang sedikit kerana mempunyai peguam seperti Hotman.


"Kami menyerahkan segala proses perundangan kepadanya. Dia banyak membantu keluarga saya," kata Yusuf.


Dalam pada itu, Hotman berkata, Cut Tari tidak pernah berputus asa, malah terus berusaha untuk bangkit semula.

"Memang kariernya terjejas kerana kes video itu. Beberapa kontrak dibatal. Ada tawaran yang dibatalkan selepas separuh jalan. Tetapi kini, Cut Tari sudah sibuk semula. Dia bermula dari bawah dan berusaha untuk memperoleh tawaran baru dalam dunia hiburan," kata peguam itu.


Menurut Hotman, dia sering memberikan semangat dan nasihat kepada Cut Tari dan suaminya. Di pihak Yusuf pula, dia tidak pernah melarang isterinya kembali ke dunia hiburan.


"Tidak. Jangan kata begitu. Kalau dia ingin bangkit semula, saya tidak melarang, Tetapi kami sudah bersetuju untuk mengkaji segala tawaran secara bersama sebelum Cut Tari menerimanya. Dan jika dia menerima tawaran yang diberikan, saya tetap akan menyokongnya, asal niatnya baik. Tak ada masalah mengenai perkara itu," kata Yusuf.


Sementara itu, CU Tari, ketika ditemui minggu lalu, enggan mengulas mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atas Ariel .


"Tolong jangan tanya. Saya tidak mahu mengulas. Dan saya tidak akan mengulasnya. Saya cuma mohon anda berdoa yang baik-baik untuk semua pihak," kata selebriti berkenaan ketika ditemui di majlis sambutan hari jadi Olga Syahputra.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: