Sunday, February 20, 2011

Lengkap 10 bilik tidur

BESAR...kediaman baru Britney di Hidden Hills mempunyai keluasan 1,858 meter persegi.
BESAR...kediaman baru Britney di Hidden Hills mempunyai keluasan 1,858 meter persegi.

PENYANYI pop, Britney Spears yang kini tinggal di kediaman bernilai AS$8.9 juta (RM27 juta) di kawasan eksklusif Calabasas di Los Angeles sungguh teruja untuk tinggal di rumah yang lebih mewah.

Penyanyi berusia 29 tahun itu dikatakan membeli kediaman baru bernilai RM60 juta di kawasan eksklusif di Hidden Hills, iaitu hanya tiga kilometer dari kediaman dihuni sekarang.


Hartanah baru yang dibeli Britney terletak di kawasan seluas 1.2 hektar dan mempunyai ruang dalam dengan keluasan 1,858 meter persegi.

  • Foto

    KLASIK...rumah agam Britney dibina dengan gaya Tudor.

  • Foto

    CANTIK... sebuah bilik dicat dengan warna merah jambu.

  • Foto

    SELESA... rumah itu mempunyai kawasan taman yang luas dan dilengkapi kolam renang serta ruang mandian air panas.

  • Foto

    SERONOK... bilik permainan yang dilengkapi meja hoki dan mesin pinball.

  • Foto

    BERSUKAN...gelanggang tenis disediakan untuk Britney.

Rumah agam gaya Tudor itu mempunyai 10 bilik tidur dan 13 kamar mandi, semuanya dilengkapi siling tinggi dan lantai kayu keras berwarna gelap.


“Selain lampu candelier, ruang tari-menari yang besar dan pintu masuk dari dua sisi tangga menjadi tarikan utama kediaman itu,” lapor kenyataan pakar hartanah Hollywood, Chad Rogers seperti dipetik dalam majalah In Touch.


Satu daripada bilik tidur di kediaman itu yang dicat dengan warna merah jambu memerlukan warna lebih garang bagi disesuaikan dengan dua anak lelaki Britney.Penyanyi itu mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan bekas suami, Kevin Federline iaitu Sean Preston, 5, dan Jayden James, 4.


Kediaman baru Britney direka dengan konsep yang sesuai untuk kanak-kanak, malah mempunyai satu bilik permainan yang dilengkapi meja hoki dan mesin pinball.Di luar kediaman, sebuah taman peribadi yang mewah dibina di atas kawasan seluas tiga ekar lengkap dengan gelanggang tenis, kolam renang dan ruang mandian air panas yang dihiasi gua dan air terjun.

Kediaman baru puteri pop itu terletak di kawasan kejiranan sama dengan kediaman bintang ternama seperti Jennifer Lopez, pasangan Osbourne dan adik-beradik Kardashian.


Kawasan kejiranan yang mempunyai persekitaran desa itu lengkap berpagar dan memiliki kemudahan pasar raya, restoran dan kedai seperti Starbucks. Ia sesuai mengelak Britney dan keluarganya daripada menjadi tontonan umum.


Sementara itu, Britney kini dikhabarkan gembira kembali meneruskan kerjaya nyanyiannya selepas single terbarunya ‘Hold It Against Me’ mencapai kejayaan.


Lagu itu menduduki tempat pertama di carta Billboard sebaik disenaraikan pada minggu pertama dan klip videonya mendapat perhatian meluas media. Album terbarunya Femme Fatale dijangka berada di pasaran bulan depan.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: