![]() |
| |
RUANGAN ini pada minggu lalu menerima pelbagai maklum balas daripada pembaca. Ada yang mahukan penceritaan secara lebih terperinci dan ramai yang mengutarakan soalan berkaitan fotografi peringkat permulaan.
Satu daripada e-mel adalah kiriman Nursyahirah Ramli, suri rumah dari Melaka yang baru membeli sebuah kamera kompak.
Soalan yang dikemukakan berkait dengan penggunaan mod selain daripada mod automatik.
Tidak dinafikan mod automatik pada kamera moden kini mampu menghasilkan gambar yang baik, namun penggunaan mod tertentu pada masa dan subjek berlainan dapat memberikan kesan yang lebih baik.
Pilihan mod yang dimaksudkan itu adalah seperti sukan, potret, makro landskap, program, kawalan bukaan cahaya (AV), kawalan kelajuan pengatup (TV) dan mod manual.
Sama ada anda pengguna kamera kompak atau SLR, kesemua mod dan fungsi-fungsi itu boleh ditemui pada butang penyelarasan atau di dalam menu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: