
India bergelut dengan 18 peratus kadar inflasi makanan tahunan, sehingga mencetuskan bantahan. China pula sedang mengintai pasaran luar untuk meningkatkan bekalan gandum dan jagung.
Kerajaan Mexico membeli kontrak hadapan jagung bagi mengelakkan kenaikan harga tortilla yang tidak dapat dibendung.
Pada 5 Januari 2011 yang lalu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengumumkan indeks harga makanan mencatatkan rekod tertinggi untuk Disember.
Namun, pada tahun sebelumnya, keadaan cuaca dilihat menjadi penyebab kepincangan harga komoditi, dan kini ianya menjadi ‘trend’ untuk dua bahagian bekalan makanan atau persamaan permintaan yang berupaya memacu kenaikan harga.
Terdapat sekurang-kurangnya berita baik pada bahagian permintaan: pertumbuhan populasi penduduk dunia, yang mana memuncak pada dua peratus setahun pada sekitar 1970, merudum di bawah 1.2 peratus setahun 2010.
Namun, oleh sebab populasi penduduk dunia hampir berganda sejak 1970, kita masih tetap menambah 80 juta orang setiap tahun. Pada satu masa, pertumbuhan yang tidak berhenti ini mula membebankan kemahiran petani dan membataskan tanah serta sumber air.
Di samping pertumbuhan populasi penduduk, kini terdapat sebilangan 3 bilion orang meningkatkan rantaian makanan mereka, menikmati lebih banyak biji-bijian dan produk ternakan.
Peningkatan permintaan untuk daging, susu dan pengambilan telur di negara pesat membangun sungguh ketara. Jumlah pengambilan daging di China pada hari ini hampir sekali ganda seperti di Amerika Syarikat.
Sumber utama ketiga bagi pertumbuhan permintaan ialah penggunaan tanaman untuk menghasilkan minyak kereta.
Amerika Syarikat menghasilkan tuaian 416 juta tan biji-bijian pada 2009, dengan 119 juta tan diperuntukkan ke kilang penyuling etanol untuk menjana bahan api kereta. Ianya mencukupi untuk menyara 350 juta penduduk setahun.
Kesan ketiga-tiga permintaan terbabit amat memeranjatkan: pertumbuhan tahunan berganda dari segi pengambilan biji-bijian di seluruh dunia daripada purata 21 juta tan setahun pada 1990 sehingga 2005 ke 41 juta tan setahun pada 2005 sehingga 2010.
Kebanyakan kesan peningkatan berkenaan berpunca daripada pelaburan dalam kilang penyuling etanol di Amerika Syarikat pada 2006 sehingga 2008.
Manakala pertumbuhan permintaan tahunan untuk biji-bijian sudah berganda, kekangan baru muncul pada bahagian bekalan, walaupun isu berlarutan seperti hakisan tanah diperhebat.
Kawasan perairan mengering di Timur Tengah, terutamanya di Arab Saudi, Syria, Iraq dan kemungkinan Yaman. Mulai 2007 sehingga 2010, pengeluaran gandum Saudi menurun dengan lebih daripada dua pertiga.
Menjelang 2012, pengeluaran gandum mungkin akan berakhir, menyebabkan negara tersebut bergantung pada biji-bijian import sepenuhnya.
Kenaikan harga makanan seperti kacang soya dan gandum bukanlah satu fenomena sementara. Kita tidak dapat menjangka bila perkara terbabit akan kembali seperti sedia kala, kerana sistem iklim dunia berubah dengan pantasnya seperti tiada tanda ia kembali pulih sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: