Monday, February 21, 2011

Koleksi minyak wangi dalam bentuk sabun mandian


FAZURA bersama rangkaian mandian Lux terbaru diperkenalkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Jenama mandian terkenal, Lux telah memperkenalkan rangkaian produk mandiannya seiring dengan pengenalan duta terbarunya.

Pengurus Bahagian Penjagaan Kulit Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever), Lenny Chuah berkata, pengenalan rangkaian mandian tersebut bertujuan untuk memberi pilihan terbaik bagi pelanggannya untuk memanjakan diri ketika membersihkan badan dengan haruman yang lebih unik.

Menurutnya, rangkaian produk baru Lux itu dikenali sebagai Eliksir Haruman Eksklusif itu bersesuaian untuk wanita yang inginkan kelainan daripada segi haruman dan belaiannya.

Menurutnya, produk itu dihasilkan daripada sentuhan pakar haruman minyak wangi terkenal di dunia iaitu Ann Gottlieb yang telah menginspirasikan koleksi minyak wangi di dalam bentuk sabun mandian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: