Sunday, February 6, 2011

Keindahan alam laut


RESTORAN yang menawarkan pengalaman romantik untuk tetamu.


ENYAKSIKAN keindahan hidupan laut yang dihuni oleh pelbagai spesies ikan dan terumbu karang di dalam sebuah akuarium sudah tentu mengasyikkan. Lebih-lebih lagi apabila berpeluang melihat spesies yang jarang sekali ditemui dengan pelbagai rupa dan warna yang menarik.Pada Januari lalu, Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang merasmikan pembukaan penuh gilang-gemilang akuarium terbesar di Asia iaitu Ocean Park, yang terletak di Hong Kong.Akuarium tersebut telah dibina di zon bertemakan hidupan laut yang dinamakan sebagai Aqua City untuk menarik lebih ramai pelancong ke taman tema tersebut.Pengerusi Ocean Park, Allan Zeman berkata, pembukaan Aqua City kepada pengunjung bukan sahaja sebagai kelahiran taman tema lautan itu, tetapi juga mempromosikan produk terbaru yang boleh dijadikan sebagai salah satu ikon di dunia. "Aqua City akan menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja dari tanah besar China, tetapi juga dari Malaysia, Filipina, India dan Korea Selatan."Antara tarikan yang diperkenalkan termasuklah Grand Aquarium yang menampilkan akuarium terbesar di dunia."Pengunjung boleh menyaksikan lebih daripada 5,000 hidupan marin dan 400 spesies ikan yang jarang ditemui," katanya.Walaupun Ocean Park telah dibuka sejak tahun 1977, pembukaan Aqua City bakal menjadi tarikan terbaru untuk dikunjungi pelancong ketika melawat Hong Kong.Allan berkata, selain Disneyland Hong Kong, Ocean Park juga kini dijadikan antara destinasi paling dikunjungi setelah Aqua City dibuka kepada pengunjung. "Aqua City lebih berkonsepkan futuristik dan pembinaannya memakan belanja 5.6 billion dolar Hong Kong (US$714 juta)," jelasnya.Pembinaan Aqua City seluas 20,000 meter persegi itu sebenarnya bermula sejak 2006 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2012.Tangki simpanan air di Aqua City sepanjang 5.5 meter itu mampu menyimpan 5.24 juta liter air yang digunakan oleh lebih 5,000 spesies hidupan laut dalam.Selain Aqua City, pengunjung juga berpeluang melawat beberapa lokasi tarikan lain yang masih terdapat di taman tema tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: