Sunday, February 6, 2011

Kate Hudson sorot perut kerana hamil




Aktres terkenal Kate Hudson, 31, baru-baru ini mengaku dia sengaja merahsiakan kehamilannya daripada pengetahuan umum termasuk teman-teman rapatnya sendiri.

Menurut Hudson, ini kerana dia sebenarnya mahu membuat kejutan mengenai kehamilannya itu.

Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti, dia mengaku tidak dapat lari daripada banyak mata yang sedang memerhatikan dirinya.

"Ya, memang saya sedang mengandung dan betul-betul tak sihat. Kalau boleh, saya memang hendak merahsiakan perkara ini sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan pertama.

"Ramai di antara teman-teman yang sangkakan saya mengalami kemurungan kerana asyik berkurung di rumah. Mereka tak tahu, yang sebenarnya saya sedang menyorokkan perut saya ini," katanya sambil ketawa.

Hudson sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Ryder, 7, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Chris Robinson.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: