
ALOR SETAR - Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) Kedah mahu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji semula lesen pemborong beras Super Tempatan (ST) 15 sedia ada bagi mengelak penyelewengan beras jenis itu di pasaran tempatan.
Pengerusinya, Mohamad Zaini Ahmad berkata, ia bagi memastikan pemborong yang dilantik tidak melakukan sebarang penipuan dalam proses pembungkusan beras ST15 yang dikhususkan untuk pasaran runcit dan golongan yang berpendapatan rendah.
Beliau mendakwa, mereka (pemborong) tidak melakukan pembungkusan beras yang tertera perkataan ST15 tersebut dengan betul sebaliknya mereka melakukannya dengan bungkusan ST10 dan ST5 dan dipasarkan di pasar raya besar.
"Ia sekali gus berlaku penipuan di kalangan pemborong beras yang juga melibatkan subsidi kerajaan dan berlaku kekurangan beras ST15 di pasaran runcit tempatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: