Sunday, February 6, 2011

JYJ ada program tv sendiri




Selepas muncul dengan album Their Room, Our Story, kumpulan trio JYJ bakal melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi program realiti mereka sendiri.

Rancangan itu telah dibuat oleh rangkaian televisyen QTV yang berminat untuk menerbitkan program realiti melibatkan trio popular tersebut yang dilapor akan dilaksanakan bermula bulan depan.

Program itu akan merangkumi lapan episod.

Lensa kamera akan mengikut setiap gerak-geri dan aktiviti Jaejoong, Yoochun dan Junsu setiap hari.

Setakat ini, program itu dikenali sebagai JYJ Real 24, namun perubahan mungkin akan berlaku dari semasa-semasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: