ANAK BAPA...Hayley (kiri) dan Taylor menjadi penyanyi pengiring untuk Hasselhoff.
UNTUK WARGA AUSTRIA...dikenali sebagai The Hoff, Hasselhoff dan dua anak perempuannya memukau penonton di stadium di Vienna.
SEJAK membuat penampilan bergaya dengan jaket kulit dan keretanya yang mampu bercakap, David Hasselhoff begitu intim dengan pelbagai macam wanita.
Hampir 30 tahun kemudian, Hasselhoff masih digilai wanita yang sanggup melakukan apa saja semata-mata mahu menghabiskan masa dengannya.
Bekas bintang siri televisyen Knight Rider itu baru-baru ini dirakam bergembira sambil diiringi tiga wanita jelita ketika meninggalkan sebuah kelab malam di tengah London.
Hasselhoff , 58, baru saja berjalan ke keretanya untuk pulang dari kelab malam Boujis di South Kensington apabila dihampiri beberapa wanita.
Kelihatan kemas dengan sut hitam, baju belang merah jambu dan kasut merah jambu gelap, legenda Baywatch itu ternyata riang berbual-bual dengan pengagumnya itu sambil berjalan ke kereta.
Walaupun sepatutnya dia tidak diganggu, Hasselhoff sempat berhenti seketika untuk memberikan gaya istimewa bersama seorang daripada wanita terbabit sambil dirakam jurugambar.
Di sebalik kegembiraannya, Hasselhoff segera meminta diri dan masuk ke keretanya dan berlalu dari situ.
Aktor dan penyanyi kelahiran Maryland, Amerika Syarikat itu berada di Britain minggu lalu selepas menghiburkan peminat Austria yang merinduinya selepas tidak lagi muncul dalam siri televisyen kesukaan ramai.Sambil mengenakan pakaian kulit, Hasselhoff menyampaikan sejumlah lagu popularnya di Stadium Stadthalle di Vienna, sambil diiringi dua anak perempuannya, Taylor Ann serta Hayley sebagai penyanyi latar.
Di Britian, Hasselhoff juga mempunyai jadual tersendiri.
Dia dipilih menjadi juri bagi rancangan televisyen realiti popular, Britain’s Got Talent.
Dua minggu lalu, aktor terbabit menyertai dua lagi juri Britain’s Got Talent, Michael McIntyre dan Amanda Holden membuat saringan ke atas peserta berpotensi di Birmingham.
Bagaimanapun, raptai itu dan promosi mengenainya terpaksa ditangguhkan selepas Amanda - ketika itu hamil tujuh bulan - mengalami keguguran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: