![]() |
| MODEL terbaru Perodua dijangka menggantikan kereta Myvi yang telah berada di pasaran sejak lebih lima tahun lalu. |
KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memberi keyakinan bahawa harga keretanya tidak akan dinaikkan pada masa sekarang meskipun terdapat beberapa faktor yang boleh mendorongnya untuk berbuat demikian.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid berkata, antara faktornya ialah beberapa komponennya diimport dari Jepun dan dalam masa yang sama nilai yen terus meningkat.
Menurutnya, pada bulan Disember lalu nilai mata wang tersebut telah mengukuh dan kini ia stabil pada paras RM3.60 dan RM3.70.
"Jika ia (yen) terus mengukuh, kami terpaksa mencari jalan untuk meringankan kesan berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari bersama media di sini semalam.
Aminar Rashid menjelaskan, pada masa ini, kadar komponen yang diimport dari Jepun adalah di antara 10 sehingga 20 peratus.
Menurutnya, meskipun jumlah tersebut kecil tetapi daripada segi nilai jika yen mengukuh akan membabitkan kos yang tinggi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: