Saturday, February 12, 2011

Gagal capai sasaran 30 peratus - Ismail Sabri




KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecewa apabila sasaran 30 peratus produk tempatan dijual di pasar raya besar milik syarikat asing tidak tercapai.

Jelas beliau, sejak dasar itu dilaksanakan tujuh tahun yang lalu cuma lapan peratus sahaja produk tempatan berjaya mendapat tempat lebih 100 buah pasar raya besar seluruh negara.

"Saya lihat banyak produk tempatan yang mempunyai kualiti tinggi malah dipasarkan di luar negara tetapi tidak mendapat tempat di pasar raya besar di negara sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: