Saturday, February 5, 2011

Dedah anak artifak sejarah sempena cuti

SEJARAH...Azrina bersama suami dan anak-anak  di  Muzium Negara, semalam.
SEJARAH...Azrina bersama suami dan anak-anak di Muzium Negara, semalam.

KUALA LUMPUR: Muzium Negara dan Petrosains antara tempat tumpuan pelancong tempatan dan asing sempena cuti umum dua hari Tahun Baru Cina.

Malah, faktor cuaca yang baik turut menggalakkan dan memudahkan orang ramai keluar bersiar-siar membawa keluarga mereka mengunjungi destinasi pilihan.


Tinjauan Harian Metro di dua lokasi berkenaan mendapati kebanyakan warga kota dan pelawat asing mula membanjiri tempat berkenaan menjelang tengah hari.

Peluang berkunjung ke muzium digunakan sebaik mungkin, terutama di kalangan ibu bapa mendedahkan anak mereka dengan pelbagai artifak sejarah selain meningkatkan perasaan tanggungjawab terhadap negara.


Azrina Sulaiman, 31, dari Ipoh, Perak, berkata pada kebiasaannya dia akan memilih tempat percutian yang boleh mendedahkan anak-anaknya kepada ilmu dan pengalaman baru.


“Atas sebab itu saya memilih Muzium Negara sebagai tempat dikunjungi kerana ia penuh dengan sejarah dan maklumat. Malah, ada yang tiada dalam buku sekolah.“Sesekali pilih ibu kota sebagai tempat percutian pun seronok juga selepas kerap memilih pulau,” katanya yang menginap di rumah adiknya di Bukit Beruntung, Rawang, sepanjang cuti umum kali ini.


Pengunjung dari Kuantan, Pahang, Jamri Johari, 43, pula berkata lawatan sehari ke muzium memberi peluang kepada dua daripada tiga anaknya yang minat mengumpul setem.

“Dua anak saya mempunyai hobi mengumpul setem dan peluang cuti umum ini saya bawa mereka ke pameran setem di Muzium Negara selain Petrosains,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: